Pages

Friday, September 16, 2011

Laman web Kita disabotaj?

Warta KerajaanRakyat (FMT) PETALING JAYA: Laman web, twitter dan facebook parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal, demikian menurut Setiausaha Kerja Masrum Dayat.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan perkara ini berlaku.
“Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Masrum juga memaklumkan kepada ahli parti dan orang ramai bahawa Muhammad Firdaus Christopher telah digantung keahliannya.

“Ini kerana melalui akaun sosial facebook beliau, beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina ketua parti. Tindak-tanduk beliau yang melampau boleh memudaratkan nama baik parti.
“Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.
“Parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pusat Abd Latif A Tambi atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan beliau tamat berkuat kuasa semalam,” katanya.

2 comments:

Hang Jebat said...

Parti Kita dalam proses pemutihan dari virus2 yang tidak membawa kebaikkan pada parti apatah lagi kepada Masyarakat. Parti KITA bukanlah tempat untuk menimba emas atau mencari publisiti murahan. Mana2 parti pun mesti berkehendakkan kepimpinan yang ikhlas berjuang untuk rakyat. Takkan disebabkan tidak lagi menerima elaun maka terus parti dilabel sebagai muflis?, berusaha keras mensabotaj Parti dengan memburuk2kan Ketua Parti yang pernah berjasa membayar gaji buta pada beliau selama berbulan2..tanya pada diri sendiri, sepanjang memegang potfolio sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan menerima elaun setaraf pegawai bank, berapa ramai ahli yang telah dibawa masuk oleh beliau dan berapa banyak cawangan negeri yang berjaya di buka?.. Dato' Zaid sanggup membelanjakan wang dari poket sendiri sebanyak hampir 20 ribu sebulan untuk badut2 ini.. takkan terima gaji untuk kerja2 twitt atau ber FB saja.. Parti KITA mempunyai kewangan yang selesa untuk menghadapi PRU 13 tapi bukan untuk membayar gaji buta pada badut2 ini...Patut2 la broooo..

Posting Terkini