Pages

Monday, September 26, 2011

Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara

NONE
Warta Kerajaan Rakyat l Lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mewujudkan kedai tersebut.

"Sebanyak 60 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara tahun depan, tiga daripadanya akan diwujudkan di Pahang iaitu di Bera, Kuantan dan Pekan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya peneroka Felda Tembagau, dekat Bera, malam tadi.


Beliau berkata, sebanyak 25 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan sebelum akhir tahun.

"Kedai 1Malaysia ini dilihat dapat memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan barang keperluan mereka dengan harga lebih berpatutan," katanya.

- Bernama

No comments:

Posting Terkini