Pages

Monday, July 25, 2011

Sekilas Dunia


China arah rombak sistem kereta api
SHUANGYU (China): Pihak berkuasa China telah mengarahkan agar sistem keselamatan kereta api negara itu melalui rombakan segera, lapor media setempat semalam.

Tindakan itu diambil selepas sekurang-kurangnya 35 penumpang maut manakala 210 lagi cedera apabila dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung dan tergelincir sebelum dua daripada gerabaknya terjatuh daripada jambatan di timur wilayah Zhejiang lewat kelmarin. -- Agensi.

Budak didakwa memandu semasa mabukSYDNEY: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun telah didakwa memandu semasa mabuk.

Polis New South Wales berkata pegawainya telah mengesan sebuah kereta yang dipandu secara bahaya di bandar Kempsey.


Apabila kereta itu diarah berhenti, polis mendapati pemandunya ialah seorang budak lelaki.

Penumpang kereta itu yang berusia 30 tahun pula didakwa bersubahat dan membantu seorang pemandu mabuk dan tanpa lesen. -- AFP.

Negara Palestin: Terpaksa minta sokongan PBBISTANBUL: Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, kelmarin berkata Palestin terpaksa mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pembentukan sebuah negara baru berikutan keengganan Israel menghentikan pembinaan penempatan Yahudi.

'Ia bukan satu tindakan sebelah pihak. Kami terpaksa. Apa yang bersifat sebelah pihak ialah pembinaan penempatan haram Israel,' katanya ketika berucap dalam pertemuan dengan diplomat Palestin dari seluruh dunia di sini, kelmarin. -- Agensi.

Usah ragu siasatan Suruhanjaya DirajaKANGAR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata rakyat tidak sepatutnya mempersoalkan keputusan yang dibuat Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dibuat berdasarkan kebenaran.

Menurutnya, suruhanjaya itu, yang ditubuhkan di atas nama Yang di-Pertuan Agong, merupakan sebuah badan yang bebas, adil dan mempunyai kredibiliti, dan sebarang kesimpulan yang dicapainya 'adalah dalam bentuk yang benar'. -- Bernama.

Spekulasi siapa pemilik kapal termahalKUALA LUMPUR: Walaupun ada spekulasi mengatakan individu terkaya di Malaysia, Encik Robert Kuok, 80 tahun, adalah pemilik kapal History Supreme, yang berharga £pounds;3 bilion ($5.9 bilion), dan termahal di dunia, beberapa nama lagi disebut-sebut berpotensi memilikinya.

Antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan RM28.3 bilion ($11.4 bilion) dan Pengarah IOI Corporation Bhd, Tan Sri Lee Shin Cheng, yang memiliki RM14.88 bilion.

Kapal History Supreme mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan keseluruhan badan kapal itu disaluti emas padu dan platinum seberat 100,000 kilogram, termasuk ruang makan, bilik tidur dan sauh. -- Metro Ahad.

No comments:

Posting Terkini