Pages

Friday, July 22, 2011

Himpunan Bersih: Polis, media boleh disapina


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta orang awam menyerahkan bukti dan maklumat berhubung kekerasan yang melampau oleh polis, sebelum dan semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai.
Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan hari ini, suruhanjaya  itu menyatakan ia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sapina kepada saksi-saksi  berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.
Kuasa itu dinyatakan di bawah Seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Ia ekoran suruhanjaya itu akan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia ketika perhimpunan aman Bersih 2.0.

Siasatan dipengerusikan Naib Pengerusi  Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Suhakam berkata orang awam boleh memberi maklumat, dokumen serta bukti, termasuk rakaman video/gambar, dengan menghubungi suuruhanjaya itu segera.
“Kuasa ini adalah menurut seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang Suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa,” katanya.
Untuk pertanyaan dan penyerahan awam, orang awam boleh menghubungi Ameer Izyanif Hamzah atau Encik Shahizad Sulaiman di Suhakam, Aras 13, Menara TH  Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail sebelum 2 Ogos 2011.
Turut dinyatakan Nombor telefon untuk dihubungi di talian 03 2612 5669 /5623;  Faks: 03 2612 5620 / 5694 dan Emel: complaints@suhakam.org.my/humanrights@suhakam.org.m

No comments:

Posting Terkini