Pages

Wednesday, June 29, 2011

A Samad Said kutuk pengharaman ‘kuning’


SHAH ALAM: Sasterawan Negara, A Samad Said hari ini mengutuk tindakan pengharaman pakaian kuning yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semata-mata mahu menggagalkan Himpunan Bersih 2.0.
“Itulah, saya fikir ini ketakutan (kerajaan) yang amat menakutkan (mereka),” katanya pada sidang media khas anjuran Seniman Paksi Rakyat (Paksi) di Pesta Buku Selangor di sini, petang ini.
Pada sidang media itu, Paksi menggunakan kertas kuning sebagai kenyataan medianya.
Selain itu, A Samad Said juga mengulangi komitmen untuk turun menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di ibu negara.

“Saya akan turun. Saya tidak hanya bersuara tapi bertindak. Suara tanpa tindak, itu bukan suara,” katanya yang lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Pak Samad yang terkenal dengan karya berjudul Salina, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Al-Amin, juga mempertahan tindakannya yang berpihak dengan menunjukkan sokongan terhadap penganjuran Himpunan Bersih 2.0
“Seseorang seniman mesti dan ada hak untuk berpihak. (Jika tidak) Itu bukan sasterawan, itu kuasawan. Kalau kuasawan itu bobrok, seniman tidak jadi seniman jika tidak menegur. Tidak ada salah menegur untuk sesuatu yang baik,” katanya.
Dengan nada sinis, beliau tidak menolak kemungkinan sasterawan lain enggan ‘tampil ke depan’ kerana mahu menjaga periuk nasi
Pada sidang media sama, Setiausaha Paksi, Hasni Abas puka mengecam tindakan polis yang biadap apabila bertanyakan soalan tentang bayaran yang diterima Pak Samad untuk bersajak pada majlis pelancaran Bersih.
“Mereka tanya berapa Pak samad dibayar untuk baca sajak. Mereka ini, semua orang ini ayam daging? Tunggu diberi dedak,” katanya.
Beliau juga menyifatkan sasterawan yang tidak berani menegur kemungkaran yang dilakukan penguasa sebagai ‘bukan sasterawan tapi cendawan’

1 comment:

Diyana said...

ini baru betul cendekiawan sejati....berani kerana benar, takut kerana salah....yg takut skang sape ye? tgk tv3 pun dh cukup dh bley tahu sape yg sebenarnya BUKAN anak jantan sebaliknya pondan yg tgh takut menggeletar lutut....

Posting Terkini