Pages

Monday, May 2, 2011

43% pekerja enggan kembali ke Malaysia selagi amal dasar perkauman


KUALA LUMPUR: Dasar bersifat perkauman yang diamal kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) antara punca jutaan rakyat meninggalkan Malaysia untuk mencari pekerjaan di luar negara, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Menurut laporan Bank Dunia minggu lalu, satu juta rakyat Malaysia berhijrah dan membina kerjaya di luar negara manakala 43 peratus enggan kembali ke negara ini selagi polisi ekonomi bersifat perkauman kekal diamalkan,” katanya.
Bercakap pada kenyataan media sempena Hari Pekerja, beliau berkata, dasar itu yang masih kekal diamal kerajaan Umno BN itu merugikan negara.

Justeru, katanya, KEADILAN dan Pakatan Rakyat menerusi Agenda 100 Hari komited untuk memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil sebagaimana dalam Buku Jingga.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan memperkenal gaji minimum untuk pekerja Malaysia sebaik diberi mandat sebagai kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.
“Sebagai parti politik yang sentiasa berusaha mengangkat dan memperkasa keupayaan golongan pekerja, KEADILAN komited untuk mengupayakan hak pekerja dalam setiap aspek.
“KEADILAN akan memberi tumpuan menyeluruh kepada masalah kenaikan harga barang yang terus membelenggu rakyat di samping mengenal pasti langkah untuk meningkatkan ekonomi rakyat.
“Buat semua rakyat Malaysia, pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Pekerja,” katanya.




No comments:

Posting Terkini