Pages

Saturday, April 16, 2011

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan tewas

7.08pm: DAP’s Ling Sie Kiong has being the giant killer in this state election. It is confirmed that he has defeated SUPP boss Dr George Chan - the fourt party leader to be disposed after the defeat of MIC, Gerakan and PPP party chiefs.

Laporan terdahulu berkaitan Pilihanraya Sarawak


7.00 malam: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan tewas kepada DAP di N63 Dun Piasau.
George Chan juga merupakan Presiden SUPP.
DAP diwakili Alan Ling Sie Kiong (sumber: Twitter Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong)

6.49 pm: Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, pengiraan awal tidak rasmi menunjukkan DAP menang 11 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya, laporMalaysiaKini.
6.43 pm – KEADILAN menang di DUN Batu Lintang dengan majoriti 2,426, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
6.25 pm - Keputusan tidak rasmi menunjukkan Pas kalah tipis di N24 Dun Beting Maro dengan BN memperolehi majoriti 436 undi. (Sumber: Twitter Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi)
6.05 pm : Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, orang ramai boleh mengetahui jumlah terkini undi dengan turut serta mengikuti pengiraan undi di Pusat Media KEADILAN, Jln Satok, Kuching Sarawak.
Ibu Pejabat KEADILAN juga akan membuka pusat penjumlahan undi mulai jam 7 malam, kata Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.
6.00 pm: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian secara tidak rasmi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri N 70 Ba’kelalan dengan majoriti 541 undi walaupun satu lagi kotak undi dari Kampong Lellang yang hanya mengandungi 100 pengundi, belum dikira.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali  dalam Twitternya menyatakan: “Insyaallah Keadilan menang satu lagi kerusi di Ba’kelalan”.
Baru Bian ditentang oleh  Willie Liau dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SDPD-BN). Penyandang sebelum itu ialah Balang Rining dari SDPD.
5.32pm: Pengurus Kempen KEADILAN di Ba’kelalan, Paul Bian menyatakan, laporan tidak rasmi menunjukkan abangnya Baru Bian mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira, lapor MalaysiaKini
Beliau yakin abangnya menang kerusi DUN berkenaan.
5.19 petang – KEADILAN mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan salinan borang 14 kepada ejen pengundian, iaitu borang yang mengesahkan jumlah undi rasmi yang telah dikira di setiap saluran undi, kata Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali.
5.00 petang – Proses membuang undi berakhir secara rasmi.
4.40 petang – Jumlah pengundi yang turun di N08 Dun Satok sehingga jam 4 petang ini adalah seramai 5,886 orang bersamaan dengan 58 peratus, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri.
Dun Satok ditandingi Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari.
4.20 petang – Menurut Azmin Ali, SPR kelihatannya sudah mula ingin menipu apabila agen mengundi KEADILAN tidak diberi salinan Borang 14 iaitu keputusan rasmi di kebanyakan pusat mengundi.
4.02 petang – MESEJ PAKATAN RAKYAT: Pastikan setiap petugas mendapt Borang 14 bagi setiap saluran. Jika pegawai SPR enggan, ambil nama, IC, gambar dan buat laporan polis.
Ada beberapa laporan, terdapat beberapa kawasan di beberapa peti undi petugas SPR enggan memberikan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat.
Itu merupakan hak agen mengundi di sisi undang-undang.
3.15 petang – Pegawai SPR dilapor enggan memberikan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat di N47 Dun Bawang Assan.
Borang 14 adalah borang ‘Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi’ yang mengandungi catatan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua pihak bertanding.
3.00 petang – Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, terdapat pegawai SPR didapati menyerahkan risalah BN kepada pengundi setelah mereka menyemak senarai daftar pengundi di Tudan, SM Baram.

No comments:

Posting Terkini