Pages

Thursday, April 14, 2011

Tidak munasabah SPR lanjut tempoh undi pos – Mafrel


KUCHING: Tindakan bagi melanjutkan tempoh pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak di sifatkan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai alasan tidak munasabah memandangkan jumlah pengundi pos tidak ramai selain menimbulkan keraguan.
Timbalan Presiden Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), Shaharuddin Othman, berkata tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu akan menimbulkan persoalan kerana tiada tempoh pelanjutan hari mengundi pernah dilakukan.

“Tidak munasabah apabila SPR memutuskan untuk dua hari bagi pengundi pos sedangkan tidak ramai yang layak mengundi.
“Jika memberi alasan masih ramai tidak mengundi, saya rasa itu tidak patut kerana polis bekerja mengikut tempoh masa tertentu dan bukannya sepanjang hari. Lagipun mereka bukan berada di tengah-tengah hutan,” kata Shahruddin kepada KeadilanDaily.
Beliau turut mempersoal SPR yang memberikan keistimewaan terhadap golongan pengundi pos sehingga mengumumkan pelanjutan tarikh mengundi.
“Saya tidak tahu  golongan tentera dan polis ada hak istimewa di Sarawak untuk mengundi selama dua hari,” kata Shahruddin.
Beliau turut mengulas kesalahan pelbagai pihak yang melanggar undang-undang pilihan raya semasa tempoh berkempen yang semakin sengit di Bumi Kenyalang.
“Sepanjang pemantauan, Mafrel mendapati banyak kesalahan menyalahi undang-undang berlaku walaupun banyak laporan kita hantar kepada SPR sebelum ini,” katanya.

No comments:

Posting Terkini