Pages

Sunday, April 17, 2011

Sampel virus dikongsi sebagai tukaran vaksin


GENEVA: Sampel-sampel virus akan dikongsi secara global sebagai tukaran bagi vaksin-vaksin pada harga termampu, yang akan dikeluarkan daripada virus itu, dalam satu perjanjian utama bagi meningkatkan persiapan negara-negara menghadapi satu wabak flu, kata para diplomat di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Menteri-menteri kesihatan dijangka menerima perjanjian rangka kerja itu, yang akan disertai industri perubatan, dalam mesyuarat tahunan WHO pada 16-24 Mei.

Perusahaan itu berikrar akan mendermakan ubat-ubatan dan kepakaran bagi meliputi separuh daripada perbelanjaan tahunan AS$58 juta ($72 juta) bagi memperkuat pertahanan kesihatan di negara-negara termiskin. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini