Friday, March 18, 2011
Sindiket ugut sebar aksi seks di Internet
KUALA LUMPUR: Bermodal kamera mini berharga tidak sampai RM50 ($21), satu sindiket peras ugut di sini memperoleh jutaan ringgit dengan merakam gambar bogel serta adegan seks mangsa mereka dan mengugut menyebarkannya di Internet.
Sindiket itu didalangi warga asing dipercayai dari China dan Afrika.
Mereka menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama, lapor akhbar Berita Harian Malaysia semalam.
Difahamkan anggota sindiket dan mangsa mereka, sebahagian besarnya sudah berkahwin dan berkeluarga, mula berkenalan atas urusan perniagaan.
Anggota sindiket itu kemudiaan memperdayakan mangsa kononnya telah jatuh cinta sehingga mereka mengadakan hubungan seks di hotel mewah di Kuala Lumpur.
Mangsa yang ghairah menikmati keseronokan baru tidak menyedari adegan seks itu dirakam oleh kamera mini yang biasanya disembunyikan dalam rantai kunci kereta.
Selepas itu, mangsa diugut supaya membayar wang. Jika mangsa enggan, gambarnya akan disebar di Internet.
Ketua Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Michael Chong, berkata ketika mendedahkan perkara itu bahawa beberapa kes yang dilaporkan kepadanya, anggota sindiket turut mengugut akan mendedahkan kecurangan mangsa kepada suami atau isteri mereka jika permintaan mereka tidak dipenuhi.
'Kami menerima lima aduan berhubung kes ini sejak tahun lalu, membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berkerjaya.
Kesemua mangsa sudah berkahwin dan berkeluarga ini diugut supaya membayar antara RM100,000 dengan RM300,000 jika tidak mahu gambar serta video mereka disebar di Internet.
'Malah, kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma apabila anggota sindiket mengugut mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka jika permintaan itu tidak dipenuhi,' katanya kepada pemberita di sini kelmarin.
Beliau percaya terdapat banyak kes seumpama itu tetapi mangsa tidak berani mendedah atau melaporkannya kepada pihak berkuasa kerana bimbang rumah tangga mereka musnah.
Labels:
Sex
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment