Pages

Tuesday, March 22, 2011

Anwar buat laporan polis video fitnah jahat


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berhubung fitnah terbaru mengaitkan beliau dengan satu rakaman aksi seks.
Turut hadir mengiringi Anwar di IPD Dang Wangi ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Tian Chua; Naib Presiden, N Surendran; Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar; Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan peguam-peguam dari Lawyers for Liberty.
Kira-kira 300 penyokong mengiringi  Anwar yang tiba pada jam 10.45 pagi membuat laporan polis berkenaan. Turut berlaku pergelutan di antara penyokong Anwar dan anggota polis di hadapan pintu kaca untuk masuk ke IPD berkenaan.

Anwar kini sedang membuat laporan polis di dalam IPD tersebut.
Media semalam digemparkan dengan kemunculan seorang individu dikenali sebagai Dato T, yang memanggil ketua editor-editor media perdana bagi menayangkan rakaman video lucah yang didakwa dilakukan pejuang rakyat itu.
Tayangan itu dilakukan di sebuah hotel ternama di ibu kota.
Ia merupakan fitnah paling jahat dan kotor yang dilakukan Umno-BN setakat ini bagi menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin rakyat, selepas pihak pendakwa gagal mengaitkan Anwar dalam kes fitnah 2.
Petang Semalam, Anwar mengadakan sidang media menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan beliau  sebagai lelaki dalam rakaman video seks itu.
Malah Anwar turut menyatakan alibi bahawa pada masa rakaman itu dibuat,  beliau berada bersama keluarga, kakitangannya  dan melayari laman twitter dengan  para penyokongnya.
Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai fitnah paling jahat dan jijik, yang dilakukan melalui konspirasi peringkat tertinggi bagi menjatuhkan beliau dan mengaibkannya seisi keluarga.

No comments:

Posting Terkini