Pages

Monday, March 14, 2011

1 maut, 4 cedera dalam kemalangan kren di loji nuklear


Warta Kerajaan Rakyat - VIENNA: Seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kemalangan kren di sebuah loji kuasa nuklear di Jepun, dan empat lagi cedera dalam satu letupan di sebuah lagi loji berhampiran, kata Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).


Pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata ia telah diberitahu oleh pihak berkuasa Jepun bahawa seorang pekerja terbunuh dan empat lagi cedera dalam satu 'kemalangan operasi kren' di loji kuasa Fukushima Nombor Dua di perairan timur Jepun.

Agensi itu berkata loji kuasa Fukushima Nombor Satu, yang dilanda satu letupan kelmarin, sehari selepas gempa bumi kuat itu, di mana pihak berkuasa cuba menghalang satu peleburan dua reaktornya, lapan pekerja telah terjejas.


'Empat pekerja cedera dalam letupan di reaktor Unit Satu, dan tiga dilaporkan cedera dalam beberapa kejadian lain,' kata IAEA di lamannya, menukil pihak berkuasa Jepun.

'Selain itu, seorang pekerja telah terdedah kepada tahap radiasi yang melebihi paras selamat yang jatuh di bawah panduan IAEA bagi keadaan kecemasan,' katanya tanpa memberikan butir-butir lanjut.

Sekitar 200,000 orang telah dipindahkan daripada kawasan-kawasan perumahan di sekeliling stesen nuklear Fukushima Nombor Satu dan Dua, kira-kira 250 kilometer ke utara Tokyo.

Jurucakap Jepun berkata besar kemungkinan satu peleburan telah berlaku di sebuah reaktor loji Fukushima itu dan ia bertindak berdasarkan anggapan bahawa peleburan juga akan berlaku di sebuah lagi reaktor.

IAEA berkata ia sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia bagi memberikan ramalan-ramalan cuaca bagi kawasan-kawasan terjejas.

Ramalan-ramalan terbaru berkata angin timur laut akan bertiup menghala keluar dari kawasan perairan itu dalam tiga hari mendatang. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini