Pages

Thursday, January 13, 2011

Sekilas Dunia


China beritahu AS jet 'stealth' bukan ancaman
BEIJING: China memberitahu Amerika Syarikat semalam bahawa ujian pertama penerbangan pesawat pejuang 'stealth'nya, yang tidak boleh dikesan radar, tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.

Beijing turut mengulangi kenyataannya bahawa ia tidak berhasrat mencabar kekuatan tentera Amerika di rantau Pasifik.China mengesahkan bahawa ia telah mengadakan ujian penerbangan pesawat jet pejuang stealth J-20 itu kelmarin, dalam apa yang disifatkan sebagai satu pertunjukan kekuatan semasa lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Robert Gates, ke Beijing bagi meredakan ketegangan antara dua kuasa dunia itu. -- Reuters.


Doktor disyaki terlibat jual organ manusiaISTANBUL: Polis menahan kelmarin seorang doktor Turkey yang disyaki menjalankan puluhan pembedahan yang disyaki menjadi sebahagian daripada rangkaian penjualan organ manusia di Kosovo, kata laporan media Turkey semalam.


Yusuf Sonmez, 53 tahun, adalah antara sekurang-kurangnya sembilan orang yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Kosovo, yang diisytiharkan merdeka pada 2008, sedang berusaha melenyapkan kegiatan jenayah dan rasuah di bawah penyeliaan antarabangsa. -- AP.


Bersalin tepat pada 1.11 pagi pada 11.1.11ST. PAUL (Minnesota): Buku-buku rekod dunia mungkin mempunyai satu lagi bahan untuk diabadikan.

Seorang wanita Minnesota, Amerika Syarikat, telah melahirkan seorang bayi tepat pada 1.11 pagi kelmarin, iaitu pada tarikh 11-1-11.

Pasangan Cik Amy Zeller dan Encik Codjo Mensah menyambut kelahiran anak perempuan mereka itu, Flora Mensah, di Hospital United di St Paul, Minnesota. -- AP.


'Terlantar' di katil tapi main golf sana siniLONDON: Seorang wanita yang mendakwa sakit belakang sehingga sukar bangun dari katil didapati bersalah menipu untuk mendapatkan pelbagai faedah, selepas rahsianya terbongkar dalam satu klip video yang menunjukkan dia sering bermain golf.

Sebuah makamah di utara England mendapati Valerie Lewis, 55 tahun, bersalah menipu dengan menuntut faedah hilang keupayaan bernilai £pounds;40,842 ($82,366) selama hampir 10 tahun.

Satu rakaman video pemantau menunjukkan bahawa dia bermain golf dan menarik beg golfnya ke sana sini tanpa sebarang kesukaran. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini