Pages

Tuesday, January 4, 2011

Sekilas Dunia


Rancang usul undi tidak yakin
BANGKOK: Pembangkang utama Thailand, Parti Puea Thai (PTP), berkata semalam merancang menyerahkan usul tidak yakin terhadap kerajaan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva selepas parlimen memulakan sidangnya semula bulan ini.

Demikian menurut jurucakapnya, Encik Prompong Nopparit, dalam satu wawancara telefon dengan agensi berita Xinhua News. -- Agensi.


Selamat walau siling runtuh
SYDNEY: Seramai 36 orang selamat daripada kecederaan serius apabila sebahagian siling sebuah pawagam Australia runtuh selepas hujan lebat semalam.

Mereka bergegas mencari perlindung di bawah kerusi-kerusi bagi mengelakkan serpihan siling itu, kata polis.Polis berkata 36 penonton itu sebaliknya mengalami kecederaan ringan selepas satu taufan kuat di pusat serantau Bathurst, sekitar 175 kilometer dari barat Sydney, merobonkan siling tiruan panggung tersebut. -- AFP.


Lima korban tanah runtuhMANILA: Tanah runtuh dan banjir selepas hujan lebat sepanjang beberapa hari di kawasan tengah Filipina mengorbankan lima kanak-kanak, termasuk seorang bayi setahun dan kakaknya berumur lima tahun, yang tertimbus dalam lumpur ketika tidur.

Pegawai pertahanan awam berkata semalam kira-kira 1,000 penduduk di kawasan Saint Bernard, di Pulau Leyte, dipindahkan ke pusat pemindahan selepas tanah runtuh kelmarin. -- AP.


Tujuh korban bot karamBEIJING: Satu laporan media rasmi China berkata tujuh anak kapal hilang selepas bot nelayan mereka karam di sebatang sungai di selatan negara itu kelmarin.

Xinhua News berkata semalam empat orang telah diselamatkan.

Punca nahas itu masih disiasat, walaupun ada laporan berkata tidak ada bukti berlaku pelanggaran. -- AP.

No comments:

Posting Terkini