Pages

Tuesday, January 4, 2011

Ribuan lari ke kawasan tinggi dek khuatir tsunami


SANTIAGO: Gempa bumi sekuat 7.1 pada skala Richter menggegarkan kawasan pantai tengah Chile, menyebabkan puluhan ribu penduduk lari ke kawasan tinggi, Ahad lalu.

Mereka khuatir gegaran itu mungkin menyebabkan bencana tsunami, seperti yang berlaku tahun lalu.

Menurut pakar geologi Amerika Syarikat, gempa tersebut berpusat di 69 kilometer ke barat daya Temuco, dengan kedalaman 16 kilometer, dan sekurangkurangnya satu gempa susulan berukuran 5.0 pada skala Richter telah dikesan.

Temuco mempunyai 250,000 orang penduduk.


Tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan sejauh ini, dan ketua Pejabat Kecemasan Nasional Chile, Encik Vicente Nunez, berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii turut menyatakan tiada ancaman tsunami dijangka di Lautan Pasifik.Dalam ucapan beliau, Presiden Sebastian Pinera, menggesa rakyat Chile supaya bertenang.

'Kita bernasib baik kerana tiada kemalangan atau korban jiwa berlaku,' ujarnya.

Beberapa khidmat telefon bimbit dan bekalan elektrik terputus di kawasan Araucania, pusat gempa itu.

Ketika gegaran pertama dirasai, penduduk di bandar-bandar kawasan pantai bergegas menjauhi laut, ada mengosongkan sama sekali pusat beli-belah.

Menurut Encik Nunez, sekitar 50,000 penduduk dari La Araucania, Puerto Saavedra, Tolten dan Teodoro Smith secara sukarela berpindah ke kawasan tinggi.

Ratusan penduduk yang menghabiskan cuti Tahun Baru di resort Villarica dan Pucon memendekkan percutian mereka dan menghala ke utara, menyebabkan kesesakan jalan raya dan stesen tol.

Penduduk di kawasan itu masih tidak dapat melupakan gempa sekuat 8.8 pada skala Richter yang berlaku pada 27 Februari tahun lalu dan menyebabkan bencana tsunami yang mengorbankan sekurang-kurangnya 521 jiwa dan 200,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Pengarah pejabat seismologi di Universiti Chole, Encik Sergio Barrientos, berkata bahwa gempa Ahad lalu itu sendiri ialah satu gempa susulun akibat gempa kuat tahun lalu itu. - AP, AFP.

No comments:

Posting Terkini