Pages

Monday, January 3, 2011

Sekilas Dunia


Pesawat risikan baru Amerika


WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat merancang menempatkan pesawat risikan kawalan jauh baru di Afghanistan, lapor akhbar The Washington Post semalam.

Pakar tentera percaya pesawat itu membolehkan pemantauan lebih luas keadaan di medan tempur.

Sistem pemantauan itu mengandungi sembilan kamera video yang dipasang pada pesawat kawalan jauh tersebut dan mampu memancarkan 65 imej secara langsung kepada askar di darat atau penganalisis yang memantau pergerakan musuh. -- AFP.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
1,000 burung mati jatuh

BEEBE (Amerika Syarikat): Para pegawai kehidupan liar sedang menyiasat punca lebih 1,000 ekor burung mati dan jatuh dari langit di Arkansas.

Bangkai burung-burung itu dijumpai di kawasan seluas dua kilomter persegi.

Burung-burung itu dikatakan mungkin telah disambar petir atau dilanda ribut hujan batu. -- AP.


Gempa gegar Argentina

BUENOS AIRES: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan daerah selatan Argentina petang kelmarin.

Menurut pakar geologi Amerika Syarikat, gempa bumi pada 6.56 pagi (waktu tempatan) itu berlaku kira-kira 40 kilometer dari bandar Campo Gallo di selatan wilayah Santiago del Estero.

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kemusnahan dilaporkan berlaku. -- AFP.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Scherzinger siap kahwin Hamilton

LOS ANGELES: Nicole Scherzinger melahirkan harapan mahu melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya, Lewis Hamilton, 'dalam tempoh terdekat'.

Penyanyi lagu Poison yang bercinta dengan juara Formula 1, Lewis Hamilton, sejak tiga tahun lalu itu mengaku sudah bersedia mengambil langkah seterusnya dalam hubungan cinta mereka dan melahirkan harapan mahu berumahtangga dengan pemandu kereta lumba berusia 25 tahun itu. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini