Pages

Tuesday, December 21, 2010

Pertarungan sengit rebut jawatan Ketua PKR Sabah

Oleh Charlie Rudai
KOTA KINABALU: PKR Sabah kembali mengingati peristiwa pertarungan sengit merebut jawatan ketua parti di negeri itu dan kini sudah tiba masanya untuk mencalonkan seseorang untuk jawatan itu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka terbang ke Sabah minggu depan untuk memainkan peranan sebagai orang tengah dalam pelantikan Ketua PKR Sabah.

Sumber dalaman parti memberitahu bahawa mesyuarat kedua dijangka bertukar menjadi rumit kerana seorang lagi ahli politik telah memulakan kempennya.
Buat masa sekarang selain penjawatnya, Ahmad Thamrin Jaini, calon Batu Sapi yang tewas, Ansari Abdullah turut bersaing.
FMT diberitahu bahawa ahli politik veteran, Karim Ghani yang menyertai PKR seminggu yang lalu memberitahu sebilangan pemimpin PKR bahawa beliau berupaya menyatukan puak-puak bertentangan di dalam parti sekiranya dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri.
Beliau yang meninggalkan Umno dan BN tiga bulan yang lalu, dilaporkan cuba memperoleh sokongan daripada ketua-ketua cabang PKR Sabah menerusi panggilan telefon.
Karim baru seminggu dalam parti
"Tapi mereka berkata Karim hanya berada dalam parti selama satu minggu…..apa yang membuatkan beliau begitu yakin akan dapat sokongan pemimpin PKR Sabah?" soal sumber dalaman parti.
Ketika sidang akhbar pengumuman kemasukannya ke dalam PKR, Karim yang merupakan antara pengasas Umno Sabah dan Parti Usno ditemani Halik Zaman dan bekas senator, Kalakau Untol.
Menurut sumber, kepimpinan pusat PKR teah mengarahkan Saifuddin untuk kembali ke Sabah kerana mereka mahu mendapatkan pandangan timbalan pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang berada di Singapura ketika mesyuarat kali pertama diadakan.
Menurutnya, perkara ini akan diselesaikan sekiranya Ansari mengundurkan diri dari pertandingan jawatan ketua.
"Beliau tewas teruk di dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat…..dari sejumlah 132 calon, beliau mendapat tempat yang lebih baik sedikit dari tempat terakhir.
Ketika beliau menjadi ketua PKR Sabah PKR kalah teruk namun masih mahu menjadi ketua…..apa jenis ketua ini?" soal ahli parti," kata sumber tersebut.
Beliau turut menyatakan bahawa ia adalah sangat penting untuk PKR Sabah melantik pemimpin yang mendapat sokongan dari kesemua 25 cabang agar parti dapat memberi impak dalam pilihanraya umum ke -13.

No comments:

Posting Terkini