Pages

Wednesday, December 22, 2010

MCLM namakan seorang lagi calonnya

Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) telah menamakan peguam Sreekanth Pillai sebagai calon keduanya untuk pilihanraya umum akan datang.

Sreekanth, 37, adalah anak wartawan veteran mendiang MGG Pillai, seorang perintis berita politik online Malaysia dan bekas kolumnis Malaysiakini.

Pada masa ini, Sreekanth mewakili kerajaan Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.



Pada 12 Disember, MCLM menamakan peguam hak asasi manusia, Malik Imtiaz Sarwar sebagai calon pertamanya daripada 30 calon yang akan ditawarkannya kepada BN dan Pakatan Rakyat.

MCLM akan menyediakan calon 'berwibawa' yang akan berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan tidak mudah lompat parti - tindakan yang telah mengoncang pakatan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, MCLM tidak menolak kemungkinan meletakkan calonnya bertanding atas tiket Bebas.
Malaysiakini.

No comments:

Posting Terkini