Pages

Tuesday, December 21, 2010

Gerak kerja "PR Tawan Perlis" dilancar

P2240553Oleh Zainal Abidin Nor
KANGAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, dengan sokongan rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP sudah melancarkan gerak kerja dan strategi bagi menawan negeri Indera Kayangan itu pada pilihan raya umum yang diramalkan awal tahun depan.
Ketua Cabang PKR Arau, Hashim Bakar berkata, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja gerak saraf dan menganjurkan berbagai program bagi menghadapi jentera Umno-Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

"Memandangkan Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil maka kita perlu bergerak menemui para pengundi seramai mungkin bagi meyakinkan mereka bahawa Pakatan Rakyat menawarkan kehidupan yang lebih baik," katanya kepada FMT pagi tadi.
Beliau berkata, rancangan nak tawan Perlis, bukanlah suatu perkara yang mudah tapi tidak mustahil sekiranya kita saling bekerjasama dengan komponen-komponen parti yang lain (PAS dan DAP) dan mendapat sokongan rakyat.
"Oleh sebab itu kita melibatkan penyertaan para pemimpin PAS dan DAP dalam apa jua program yang kita jalankan.  Umpamanya kita baru selesai menganjurkan dialog dengan penduduk dan penyokong setempat dalam usaha kita menawan negeri Perlis," terang beliau.
P2240573Menyusup ke kawasan perumahan dan kampung
Menurut Hashim, lebih banyak program seumpama itu sedang disusun dan akan dilaksanakan, bukan sahaja di bandar Kangar, Arau dan Padang Besar tetapi akan menyusup ke kawasan-kawasan perumahan dan kampung-kampung.
"Kaedah ini (berdialog) berkesan kerana ia menjemput penyertaan daripada para penyokong dan para penduduk di samping mereka juga memberi imput dan idea bagi menyusun strategi.
Ujar belau, "kita juga berharap bahawa pentadbiran yang cemerlang Pakatan Rakyat di dua buah negeri jiran Kedah dan Pulau Pinang dapat menempias ke Perlis dengan membuka minda rakyat.
"Saya yakin dengan sokongan semua pihak maka kita dapat mencapai cita-cita menawan Perlis dalam pilihan raya nanti," tambah beliau.
Lebih 80 tetamu hadir pada Majlis Dialog "PR Tawan Perlis" anjuran PKR Cabang Arau pada Sabtu lalu di Dewan Che Yong Kor, dekat sini sebagai langkah persiapan menghadapi pilihan raya dan menggarap tahap sokongan yang bakal diperolehi oleh Pakatan Rakyat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pasir Pinji, Thomas Su; Adun Simpang Empat dan juga Ketua Penerangan PAS Perlis, Rus’lee Eizan; Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar; Timbalan Pesuruhjaya PAS 
Padang Besar, Wan Kharizal; Timbalan Ketua PKR Cabang Arau, Tengku Nadzri Tengku Aldin dan beberapa pemimpin masyarakat.

No comments:

Posting Terkini