Pages

Tuesday, December 28, 2010

Anak ahli politik dirakam ketika mandi di resort


ALOR GAJAH: Anak perempuan seorang ahli politik Johor mendakwa menjadi mangsa rakaman video telefon bimbit seorang lelaki tidak dikenali ketika beliau mandi di bilik air di sebuah resort di Alor Gajah, Melaka, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata mangsa berusia 22 tahun itu berkata kejadian berlaku 12 tengah hari di sebuah banglo penginapan di resort tersebut.


Menurut wanita itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Ika, beliau ternampak tangan suspek memegang telefon bimbit dari atas tingkap kecil di bilik air lalu beliau menjerit ketakutan dan suspek melarikan diri.

Ika bercuti di resort itu bersama keluarganya, seramai 37 orang, sejak Selasa lalu. ACP Raja Shahrom enggan mengulas mengenai identiti ibu bapanya, yang dikatakan ahli politik.

Ika sekarang bimbang seandainya gambar atau video klip yang dirakam suspek disebar menerusi telefon bimbit atau Internet. -- BHM, Harian Metro.

No comments:

Posting Terkini