JAKARTA: Penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Persik, tidak kisah dengan penyebaran gambarnya dalam keadaan separuh bogel di Internet baru-baru ini.
Penyanyi lagu Diam-Diam itu, sebaliknya berkata beliau memang suka bergambar dalam keadaan berahi seperti itu iaitu dengan dadanya hanya ditutup rambut.
'Memang saya suka bergambar seperti itu... Ya saja-saja,' kata penyanyi dangdut yang digelar 'goyang gergaji' itu ketika dihubungi wartawan menerusi telefon, kelmarin.
Dewi, bagaimanapun, tidak berniat menonjolkan gambar itu kepada orang ramai dan memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan gambar separuh bogelnya di Internet. (di sini)
'Sebenarnya gambar itu ialah koleksi peribadi saya. Saya memohon maaf sekiranya benar ia sudah tersebar di Internet,' kata penghibur yang berasal dari Jember, Jawa Timur, itu.
Dewi tidak mahu memeningkan kepala dengan gambar tersebut, yang kini boleh dilihat oleh sesiapa saja.
Namun, pada masa yang sama, beliau ingin mencari orang yang bertanggungjawab menyebarkannya. -- Agensi.
No comments:
Post a Comment