Pemuzik Russia tinggalkan Thailand
BANGKOK: Pemain piano Russia yang terkenal, Mikhail Pletnev, yang ditahan baru-baru ini selepas didakwa merogol seorang budak lelaki, telah meninggalkan negara itu, kata polis.
Pletnev, 53 tahun, pemenang anugerah pemain piano yang juga pemimpin Orkestra Kebangsaan Russia, ditahan di Pattaya pada malam Isnin lalu kerana didakwa merogol seorang budak lelaki Thai berusia 14 tahun dan bergambar dalam keadaan yang menimbulkan kecurigaan bersama beberapa orang lagi. Pletnev menafikan tuduhan itu. -- Reuters.
Dakwa jaya bedah pindah muka
PARIS: Para doktor Perancis mendakwa telah menjalankan pembedahan pemindahan muka secara penuh dengan berjaya, kali pertama pernah dilakukan di dunia, kata satu laporan akhbar semalam.
Pembedahan itu dijalankan pada akhir bulan lalu ke atas seorang lelaki berusia 35 tahun yang mengalami kecacatan teruk pada mukanya akibat gangguan genetik dan adalah 'yang pertama di dunia', kata akhbar Le Parisien/Aujourd'hui.
Pembedahan itu melibatkan pemindahan keseluruhan muka daripada mayat - termasuk mulut dan kelopak mata. -- AFP.
Aktivis antirasuah Indon diserang
JAKARTA: Seorang aktivis antirasuah Indonesia diserang semalam, kata polis, dua hari selepas terjadinya serangan bom di ibu pejabat majalah Tempo berikutan rencana mengenai dakwaan rasuah di kalangan anggota polis negara itu.
Ketua Detektif Polis Jakarta Selatan, Pesuruhjaya Polis Nurdi Satriaji, berkata aktivis kumpulan Indonesia Corruption Watch (ICW), Encik Tama Langkun, diserang di sini dengan benda keras di kepalanya pagi semalam, ketika sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. -- AFP.
Friday, July 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment