Pages

Saturday, May 29, 2010

Sekilas Dunia

Golongan gay dan lesbian Amerika boleh jadi tentera

WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat kelmarin mengambil langkah utama bagi membolehkan golongan 'gay' dan 'lesbian' berkhidmat dalam tentera secara terbuka.

Dengan undi 234-194 Khamis lalu, Dewan Perwakilan meluluskan langkah membatalkan undang-undang 1993 yang membenarkan golongan itu berkhidmat dalam tentera dengan syarat orientasi seks mereka dirahsiakan.

Pengundian itu merupakan kemenangan bagi Presiden Barack Obama, yang mahu dasar itu ditamatkan. -- AP.

Korban askar Amerika di Afghanistan capai 1,000 orang

KABUL: Bilangan askar Amerika Syarikat yang terkorban di Afghanistan semalam mencapai 1,000 orang.

Ini menyusuli kematian seorang askarnya dalam satu serangan bom tepi jalan di selatan Afghanistan.

Jurucakap tentera Amerika, Kolonel Wayne Shanks, berkata mangsa merupakan askar Amerika yang ke-32 terbunuh bulan ini. -- AP.

Kecewa dengan Arroyo yang gagal meterai janji damai

MANILA: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam berkata mereka kecewa dengan kegagalan Presiden Gloria Arroyo memeterai satu perjanjian damai selepas berunding selama sembilan tahun.

Ketua perunding MILF, Encik Mohaqer Iqbal, berkata mereka curiga dengan pengganti Cik Arroyo, Encik Benigno Aquino, kerana ramai penasihatnya dianggap bermusuh dengan pemberontak. -- AFP.

Cadang hantar lebih banyak warga bekerja di Thailand

YANGON: Myanmar bercadang menghantar lebih banyak warganya bekerja secara sah di Thailand.

Proses pengesahan bahawa mereka adalah rakyat Myanmar sedang dijalankan bagi mengeluarkan pasport sementara, lapor akhbar New Light of Myanmar.

Ada tiga pusat mengeluarkan pasport di sempadan Myanmar-Thailand iaitu Kawthoung, Tachilek dan Myawaddy, kata laporan itu. -- Agensi.




No comments:

Posting Terkini