Pages

Thursday, May 27, 2010

Nombor telefon 0888-888-888 'bawa maut'

LONDON: Sebuah syarikat telefon bimbit di sini telah menggantung nombor telefon 0888-888-888 daripada dilanggan.

Ini memandangkan setiap seorang yang memiliki nombor telefon itu meninggal dunia sejak 10 tahun lalu.

Pemilik pertama adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mobitel, Encik Vladimir Grashnov.

Mobitel adalah syarikat telefon bimbit yang menawarkan nombor berkenaan.

Ahli perniagaan Bulgaria itu meninggal dunia akibat barah ketika berusia 48 tahun pada 2001.

Nombor telefon itu kemudian digunakan ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov, sebelum dia akhirnya ditembak mati oleh pembunuh upahan pada 2003.

Dia baru berusia 31 tahun apabila ditembak mati ketika makan bersama seorang model di sebuah restoran.

Ahli perniagaan, Encik Konstantin Dishliev, menjadi pengguna ketiga.

Namun, beliau juga ditembak mati di luar sebuah restoran di Sofia. -- Agensi.







No comments:

Posting Terkini