MANILA: Pemerintah Filipina membatalkan rancangan melelong barang kemas milik mantan Wanita Pertama negara itu, Cik Imelda Marcos.
Sebaliknya, ia membiarkan pentadbiran baru menentukan langkah selanjutnya.
Jurucakap Suruhanjaya Presiden Untuk Pentadbiran Baik, Encik Nick Suarez, berkata langkah melelong barang kemas itu bukan tindakan yang tepat kerana ia boleh disalah anggap.
'Kedudukan barang kemas itu masih belum diputuskan mahkamah dan pada masa sama mandat pemerintah semasa akan berakhir 30 Jun,' katanya.
Cik Imelda, yang memenangi kerusi Kongres dalam pilihan raya umum baru-baru ini memang dikenali dengan gaya hidup mewahnya.
Selain barang kemas dianggarkan bernilai antara AS$12 juta ($16 juta) dengan AS$15 juta itu, beliau juga memiliki lebih 1,200 pasang kasut ketika suaminya, mendiang Ferdinand Marcos, digulingkan pada 1986.
Sebelum ini, pemerintah cuba melelong tiga set barang kemas pada 2005 tetapi Cik Imelda mencabar tindakan itu dan mendakwa salah satu set itu bukan semua miliknya.
Satu daripada koleksi itu didakwa dirampas daripada seorang warga Greece yang cuba menyeludupnya keluar dari Filipina pada akhir 1980-an.
Mendiang Marcos merupakan Presiden Filipina selama hampir dua dekad sebelum diguling.
Beliau meninggal dunia pada 1989 semasa hidup dalam buangan.
Sebelum ini, beliau dituduh mengumpulkan harta bernilai lebih AS$10 bilion semasa menjadi Presiden. -- Reuters.
Thursday, May 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment