KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 ($7,717) kepada seorang kanak-kanak yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.
Bapa mangsa, Encik Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan, 4 tahun pada 24 September 2008 kerana mendakwa pekerja restoran terbabit cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur. -- Bernama.
No comments:
Post a Comment