Pages

Tuesday, March 9, 2010

Sekilas - Dunia

Mahu guna ISA kawal bantahan

BANGKOK: Thailand sedang menimbangkan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengawal tunjuk perasaan antikerajaan yang dijadualkan di Bangkok minggu ini.

Jika dilulus Kabinet hari ini, ia akan dikuatkuasa dari lusa hingga 23 Mac dan memberi pasukan keselamatan kuasa melaksana perintah berkurung dan mengekang pergerakan penunjuk perasaan, yang menuntut pilihan raya baru. -- Reuters.

Jurucakap ditangkap

KARACHI: Ejen perisik Pakistan menangkap jurucakap kumpulan Al-Qaeda kelahiran Amerika Syarikat, Adam Gadahn, di Karachi.

Ia kemenangan besar bagi pasukan penentang Al-Qaeda yang diketuai Amerika dan menunjukkan Pakistan kini memberi kerjasama penuh kepada Washington. -- AP.

Pemecatan Anwar sah

PUTRAJAYA: Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia 11 tahun lepas sah di sisi undang-undang, kata Mahkamah Persekutuan.

Panel hakim sebulat suara mengetepikan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar untuk mendapatkan perintah bahawa pemecatannya pada September 1998 melanggar Perlembagaan.

Hakim berkata Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa memecat anggota kabinetnya. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini