TEHRAN: Televisyen Iran hari ini melaporkan Speaker Parlimen negara itu, Ali Larijani, sebagai memberi amaran kepada Israel supaya tidak bertindak menyerang kemudahan nuklear negara itu.
“Iran akan bertindak balas secara yang mereka tidak akan lagi dapat tidur nyenyak," Ali Larijani dipetik sebagai berkata.
Larijani membuat kenyataan itu pada mesyuarat pendakwa raya kanan negara Islam yang mencari jalan untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Israel atas jenayah perang semasa serangan terhadap Gaza awal tahun ini.
Minggu lalu, Presiden Israel, Shimon Peres, menolak kemungkinan Israel merancang serangan terhadap kemudahan nuklear Iran. - AP
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment