KARATINA, Kenya: Orang awam di bandar tengah Kenya mengangkat senjata melawan kumpulan ganas, menyebabkan pertempuran hebat dengan sekurang-kurangnya 29 orang mati dilontar batu dan ditetak.
Pergaduhan bermula lewat semalam apabila penduduk bandar itu menubuhkan kumpulan kecil bersenjata bagi melawan kumpulan ganas ala mafia, Mungiki, yang terkenal kerana memenggal kepala dan menyiat kulit mangsa.
“Kami sehingga kini menerima 29 mayat, kebanyakannya dengan lengan ditetak,” kata seorang doktor di hospital di sini.
Sementara itu, jurucakap polis, Eric Kiraithe, berkata mereka tidak dapat memastikan sama ada mayat terbabit milik kumpulan Mungiki atau tidak. - AFP
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment