KEPONG 8 Mac - Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia di Kepong Sabtu lalu telah dicemari dengan tindakan pihak polis yang menghalang pemimpin Pakatan Rakyat daripada berucap.
Program yang bermula pada jam 7:30 petang itu pada mulanya tidak ada gangguan daripada pihak polis walaupun tiga pemimpin DAP telah membuat ucapan sebelum itu.
Kira-kira 20 anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mula bertindak merampas mikrofon semasa Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa ingin memulakan ucapan dengan alasan permit yang diberikan adalah untuk jamuan makan malam sahaja bukannya untuk ceramah politik.
Tindakan polis menghalang ceramah tersebut dicemuh oleh lebih 3,000 tetamu yang melihatnya sebagai arahan pihak atasan UMNO yang semakin resah dengan sokongan padu terhadap Pakatan Rakyat.
Yang pelik alasan tersebut diberi sejurus sahaja tibanya Ketua Umum KEASILAN Datuk Seri Anwar ke majlis tersebut.
Datuk Husam Musa ketika ditanya menyifatkan zaman gelap negara telah berulang dan rakyat tidak boleh bersuara lagi apa untuk berfikir.
"Kita bukannya duduk dalam zoo hanya bolah makan sahaja, nak bercakap dihalang itu hanya kerja "monkey" (monyet) membuat apa yang disuruh. Kenapa Umno sudah takut ke dengan Pakatan Rakyat sekarang sampai menggunakan polis untuk halang kita?
"Mereka ingat kita ini nak buat kacau dan bergaduh kat sini sampai polis kena masuk campur. Kita ingin menegakkan keadilan dengan memberi penerangan kepada rakyat kalau bercakap pun tak boleh baik suruh Umno duduk dalam hutan saja," jelas beliau.
David Lim, 24, yang datang dari Wangsa Maju juga marah dengan tindak kejam polis dan menyifatkan seolah-olah polis anggap ceramah tersebut umpama gelanggang untuk bergaduh.
"Saya tak puashati sebab kita bukan datang sini bukan mahu gaduh, kita datang mahu dengar pemimpin kita cakap. Sebelum ini sudah ada pemimpin yang berucap polis tak kacau pun tapi bila pemimpin dari PAS Datuk Husam Musa mahu cakap terus polis kacau," katanya.
Setelah perbincangan dibuat antara Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pihak polis akhirnya membenarkan setiap pemimpin membuat ucapan selama 10 minit sahaja dan masa yang diberikan telah digunakan sepenuhnya oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk menerangan kekejaman yang telah berlaku didepan mata rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment