Pages

Monday, March 8, 2010

Lagi Gesaan Mohsin Letak Jawatan

IPOH 8 Mac - Majlis Pimpinan KEADILAN Perak menggesa supaya Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fazli Samsuri meletakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen kerana mengkhianati kepercayaan pengundi di kawasan itu yang telah memilihnya pada pilihan raya umum lalu.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak Madzi Hasan berkata, tindakan meletakkan perlu diambil Mohsin bagi membersihkan semula namanya yang telah tercemar dan menyerahkan mandat kepada rakyat bagi menentukan wakil pilihan mereka.

"Sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman politik, Mohsin amat lemah dalam menangani ujian dan dugaan sebagai seorang yang telah diberi amanah oleh rakyat.

"Jika beliau tidak merasakan tidak mampu memikul amanah yang berat ini, langkah sepatutnya diambil ialah meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen. Malangnya beliau membiarkan dirinya terjebak dalam permainan kotor Barisan Nasional sekaligus meletakkan maruah dirinya ke tahap yang paling rendah.

"Satu-satunya cara untuk menyelamatkan nama baiknya ialah dengan meletakkan jawatan Ahli Parlimen dengan segera. Selagi mana beliau tidak melepaskan jawatan tersebut,
maka dosa atas pengkhianatannya kepada 18,943 pengundi bagan Serai akan bertambah setiap minit," katanya dalam satu kenyataan baru-bru ini.

Madzi berkata alasan yang diberikan Mohsin menjustifikasikan tindakannya keluar parti dalam satu sidang media semalam tidak dapat diterima dan seolah direka bagi menutup kelemahan beliau.

Menurut beliau aktivis KEADILAN di Bagan Serai melihat beberapa kelemahan Mohsin tidak lama selepas beliau menjadi wakil rakyat.

Antara yang paling ketara ujarnya, sikapnya yang tidak bijak dalam menguruskan soal kewangan sehingga menimbulkan reputasi buruk di kalangan masyarakat.

"Mohsin juga tidak memberikan masa dan tumpuan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sehingga menjejaskan nama baik parti,"

"Beliau juga gagal menjalinkan kerjasama dan hubungan baik dengan Ahli-ahli jawatankuasa KEADILAN di peringkat cabang dan ranting. Komitmen yang lemah kepada Majlis Pimpinan Negeri Perak dibuktikan dengan ketidakhadiran yang berterusan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri,"jelasnya.

No comments:

Posting Terkini