Pages

Wednesday, March 3, 2010

Mahkamah Tetap 11 Mei Dengar Kes Gugur Saman KPN

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mei untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengugurkan saman Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pegawai terkanan Polis Diraja Malaysia itu memfailkan saman terhadap Anwar selepas dikaitkan kepada insiden "mata lebam" 1998.

Pada 1 Julai 2008, Anwar memfailkan laporan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendakwa Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail merekacipta bukti dan menyembunyikan fakta dalam siasatan keatas serangan terhadapnya oleh KPN pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Musa menafikan dakwaan ini dan menuntut bayaran ganti rugi, pampasan tauladan serta injunksi mahkamah menghalang Anwar dari membangkitkan isu ini di masa hadapan.

Peguam Sankara Nair berkata pendengaran ini akan di dengarkan ke hadapan Persuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham.

No comments:

Posting Terkini