Pages

Wednesday, March 10, 2010

LUAR NEGARA

Antasari kemuka rayuan atas hukuman

JAKARTA: Mantan pengarah Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK), Encik Antasari Azhar, 56 tahun, semalam mengemukakan rayuan terhadap hukuman 18 tahun penjara yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Februari lalu, kerana membunuh jutawan Encik Nasrudin Zulkarnaen.

'Kami telah failkan rayuan hari ini kepada Mahkamah Tinggi Jakarta terhadap hukuman itu. Encik Antasari telah diperangkap, kami menuntut agar beliau dibebaskan,' kata peguamnya, Encik Juniver Girsang. -- AFP.

Gesa dibebas segera tahanan Pakistan

NEW DELHI: Mahkamah Agung India menggesa pemerintah membebaskan segera 16 rakyat Pakistan yang sudah selesai menjalani hukuman penjara tanpa menunggu pertukaran dengan Pakistan bagi pembebasan tahanan rakyat India, lapor akhbar The Times of India, semalam.

Panel hakim terdiri daripada Encik Markandey Katju dan Encik R. M. Lodha berkata hak untuk hidup lebih utama bagi kedaulatan undang-undang dan ia tidak bergantung kepada tindakan negara lain, kata akhbar rersebut.

Ketua Parti Panthers di Kashmir, Encik Bhim Singh, dan peguam Encik B. S. Billowriya mendakwa lebih 30 rakyat Pakistan ditahan di India padahal sudah selesai hukuman. -- Agensi.

Peniaga yang diculik militan dibebaskan

COTABATO: Pasukan keselamatan Filipina membebaskan seorang ahli perniagaan keturunan Cina yang diculik kumpulan militan di bandar Zamboanga, selatan Filipina, lewat kelmarin, kata polis semalam.

Tebusan tersebut, Encik Tomas To, dibebaskan sejam selepas diculik, kata ketua polis Cotabato, Superintenden Edwin de Ocampo.

Encik To diselamatkan oleh polis dalam satu kejadian tembak- menembak di Morning Breeze, Tubungan, sejurus sebelum tengah malam. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini