Kerajaan negeri tidak akan dan tidak mahu bersekongkol dengan kes penyeludupan pasir di Selangor.
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari berkata dalam bulan ini sahaja, lapan peratus penyeludupan pasir berjaya dibanteras.
“Kita sudah buat operasi statistik di Selangor ini seperti di Sepang, Kuala Langat dan Hulu Selangor dan nampaknya hasil daripada itu dapat mengurangkan lapan peratus kecurian pasir di Selangor dengan menghalang lori-lori untuk masuk ke kawasan tersebut,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri lebih ke hadapan berbanding negeri-negeri lain apabila mengambil pendekatan tegas dalam membanteras permasalahan penyeludupan pasir sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan sebelum ini.
Yaakob berkata kerajaan negeri juga memberi notis 7A kepada meraka yang mempunyai tanah persendirian dan mahu menjalankan operasi penjualan pasir.
“Kepada tanah persendirian yang hendak memohon keluarkan pasir, kita memberi kelulusan kepada mereka dengan menghantarkan borang kepada SEMESTA dan sekiranya mempunyai masalah, saya akan bantu supaya operasi ini dapat dijalankan dengan lebih teratur,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment