Gesa siasat polis Indonesia
JAKARTA: Badan hak asasi kemanusiaan, Amnesty International, semalam menggesa satu siasatan dijalankan ke atas pencabulan hak asasi kemanusiaan oleh polis Indonesia di wilayah Papua.
Dalam satu surat kepada ketua polis Papua, Encik Bekto Suprapto, badan itu berkata ia mempunyai bukti bahawa polis menggunakan kekerasan berlebihan, memukul dan membunuh suspek di daerah Nabire. -- AFP.
Ditangkap bocor maklumat
SEOUL: Beberapa warga Korea Utara telah ditangkap dan mungkin dikenakan hukuman mati kerana membocorkan maklumat mengenai pergerakan pemimpin negara Komunis itu, Encik Kim Jong Il, kepada pihak media Korea Selatan.
Akhbar Dong-A Ilbo melaporkan 'ramai penduduk Korea Utara' di bandar Hoeryong ditahan atas tuduhan melakukan risikan.
Mereka didakwa mendedahkan maklumat mengenai lawatan Encik Kim ke bandar itu pada 24 Februari lalu. -- AFP.
Nafi suspek pengganas ahli
SRINAGAR (India): Kumpulan pengganas di Pakistan, Lashkar-e-Taiba, semalam menafikan dua lelaki yang ditangkap di Chicago bulan lalu atas tuduhan merancang serangan di India dan Denmark merupakan anggotanya.
Dua lelaki yang ditangkap itu dikenal pasti sebagai seorang warga Amerika Syarikat yang dilahirkan di Pakistan, David Headley, dan seorang warga Canada berketurunan Pakistan, Tahawwur Rana. -- AFP.
Tuesday, December 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment