Clinton gesa Suu Kyi dibebas
MANILA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, semalam menggesa agar ikon demokrasi Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, dibebaskan tanpa syarat.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Filipina bagi menunjukkan sokongan ke atas usaha negara itu menentang pengganasan.
Cik Clinton akan turut meninjau projek bantuan kemanusiaan yang ditaja Amerika bagi mangsa tiga taufan yang melanda Filipina baru-baru ini. -- AP, Reuters.
Amaran lepas bot ditembak
SEOUL: Korea Utara semalam berkata Korea Selatan akan menerima 'akibat buruk' kerana menembak bot rondanya yang sedang berundur Selasa lalu.
Amaran yang disiarkan akhbar harian rasmi Korea Utara, Rodong Sinmun, itu dibuat ketika laporan bahawa pegawai kedua-dua negara bertemu untuk membincang kemungkinan mengadakan sidang kemuncak pemimpin gagal mencapai sebarang persetujuan.
Tentera laut kedua-dua negara berbalas tembak untuk kali pertama dalam tempoh tujuh tahun Selasa lalu. -- Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment