Pages

Friday, November 13, 2009

Kezaliman Wanita

Bayi terselamat selepas dicampak ibu kandung ke dalam perigi

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampakkan oleh ibu kandungnya sendiri ke dalam telaga itu berhampiran rumah mereka di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam di sini, Selasa lalu.

Bagaimanapun, bayi itu tidak tenggelam dalam perigi berisi air sedalam enam meter, sebaliknya terapung sejurus dibuang sekitar 5 petang.

Dia kemudian diselamatkan datuknya, Raja Ibrahim Raja Ali, 64 tahun, yang menyedari perbuatan ibu berusia 26 tahun itu.

Nenek bayi tersebut, Cik Hasnah Mat Ali, 50 tahun, berkata sebelum kejadian, si ibu memberitahunya dia geram melihat bayi itu tetapi beliau cuba menenangkan perasaan anak angkatnya itu dan menyuruhnya bersabar.

Bagaimanapun, si ibu kemudian mencampakkan bayinya ke dalam perigi.

'Mujur saya sedar dan segera mengejutkan suami saya yang sedang tidur.

'Tanpa berlengah, suami saya turun ke dalam perigi dengan hanya berpaut pada dinding sebelum mencapai bayi itu yang terapung di permukaan air yang jaraknya lebih satu meter dari muka perigi,' ceritanya.

Sumber polis berkata, ketika diselamatkan, muka bayi itu kebiru-biruan, dipercayai kesejukan.

'Bagaimanapun, bayi itu, yang hanya memakai lampin pakai buang dalam kejadian tersebut, sihat dan polis segera mengarahkannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,' katanya.

Siasatan awal polis mendapati wanita itu dipercayai menghadapi tekanan perasaan selepas melahirkan anak ketiga. -- Harian Metro.

No comments:

Posting Terkini