Pages

Saturday, November 7, 2009

Sekilas Dunia

Thailand ancam tutup sempadan

BANGKOK: Thailand semalam mengancam akan menutup sempadannya dengan Kemboja ekoran hubungan dua hala yang semakin runcing.

Ia juga akan membatalkan perjanjian untuk meneroka bersama minyak dan gas di perairan Teluk Thailand.

Tindakan itu diambil selepas Phnom Penh menamakan mantan Perdana Menteri Thai, Encik Thaksin Sinawatra, sebagai penasihat Kemboja.

Timbalan Perdana Menteri Thai, Encik Suthep Thaugsuban, berkata jika Kemboja masih meneruskan rancangan itu, hubungan dua hala akan terus terjejas. -- AFP.

Pekerja Palang Merah ditembak

BANDA ACEH: Seorang lelaki Jerman yang bekerja untuk Palang Merah ditembak oleh lelaki bermotosikal di wilayah Aceh, kelmarin.

Encik Erhard Bauer, 50 tahun, telah ditembak di lengan dan perutnya semalam, kata polis.

Jurucakap Palang Merah, Encik Svenja Koch, berkata mangsa telah diterbangkan ke Singapura untuk mendapatkan rawatan dan kecederaannya tidak parah. -- AP.

Pemohon suaka kekal di kapal

JAKARTA: Indonesia telah melanjutkan tempoh lagi seminggu bagi kapal kastam Australia yang membawa 78 pemohon suaka dari Sri Lanka untuk meninggalkan wilayahnya. Kapal itu telah berlabuh di Bintan sejak bulan lalu. Namun, para pemohon suaka itu pula enggan turun dari kapal berkenaan. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini