Pages

Wednesday, November 4, 2009

Samy Vellu, Isteri dan Tamil Nesan Disaman

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), P.Chithirakala memfailkan tiga saman fitnah terhadap Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu, isterinya dan akhbar Tamil Nesan.

Dalam saman pertamanya, Chithirakala, 38, dan suaminya, seorang ahli perniagaan, K.Vasu, menamakan Samy Vellu sebagai defendan, mendakwa bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata fitnah berkaitan dengan insurans MIED pada 8 Mac tahun ini dan ia diterbitkan oleh tiga akhbar harian Tamil, Tamil Nesan, Makkal Osai dan Malaysian Nanban.

Chithirakala berkata, kata-kata itu bermakna bahawa beliau dan suaminya telah berkomplot untuk menipu MIED, sayap pendidikan MIC, dan masyarakat India.

Dalam saman kedua ke atas Datin Seri R.Indrani, Chithirakala mendakwa bahawa isteri Ketua MIC itu telah memfitnah beliau dalam satu temubual dengan berita portal MalaysiaKini pada 1 Oktober tahun ini yang juga diterbitkan oleh Makkal Osai pada 3 Oktober.

Dalam saman ketiganya, Chithirakala juga menyaman penerbit Tamil Nesan (M) Sdn Bhd, dan Ketua Pengarangnya K.Padmanabhan kerana menerbitkan artikel pada 1 Oktober yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menuntut ganti rugi am dan khas bagi kesemua saman itu. - Bernama

No comments:

Posting Terkini