Pages

Sunday, November 29, 2009

Komanwel terima permohonan keanggotaan Rwanda

PORT OF SPAIN (Trinidad dan Tobago): Ketua-ketua kerajaan negara anggota Komanwel yang berhimpun untuk menghadiri mesyuarat dwitahunan perkumpulan itu di sini bersetuju menerima permohonan kemasukan Rwanda ke dalam Komanwel.

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel CHOGM 2009 yang berlangsung tiga hari itu dirasmikan Ratu England, Ratu Elizabeth II pada Jumaat.

Negara yang dilingkungi daratan, Rwanda, yang punah akibat pembunuhan kaum pada tahun 1990-an, menyatakan hasrat berminat menyertai Komanwel pada Januari 2008.

Kemasukan terakhir adalah pada 1995 dengan dua negara Cameroon dan Mozambique menyertai Komanwel. Hanya sebahagian daripada Cameroon pernah dijajah oleh British manakala Mozambique tidak pernah ditakluk pemerintahan British.

No comments:

Posting Terkini