KUANTAN- Sebuah kedai Pajak Gadai Islam di kawasan Medan Mewah Muadzam Shah dekat Rompin kerugian lebih RM1 juta selepas premis itu dipecah masuk sekumpulan perompak, semalam.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kedai itu kehilangan enam dulang emas berisi kira-kira 420 jenis barangan kemas yang disimpan di dalam peti besi.
Beliau berkata, kejadian tersebut hanya disedari oleh seorang pekerja kedai pajak gadai itu yang masuk bekerja pada pukul 8.30 pagi.
No comments:
Post a Comment