Saudi beri suntikan H1N1
RIYADH: Arab Saudi akan mula memberi suntikan vaksin Influenza A (H1N1) kepada beratus ribu pegawai kesihatan, pegawai haji serta jemaah tempatan minggu depan.
Negara itu menerima bekalan pertama vaksin sebanyak 11 juta dos.
Angka korban ekoran virus H1N1 di negara itu ialah 62 orang. -- AFP.
Kes liwat Anwar didengar 23 Nov
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan kes liwat bekas pembantunya, Encik Mohd Saiful Bukhari.
Encik Mohd Saiful yang turut hadir di mahkamah berkata beliau kecewa dengan penangguhan itu tetapi tetap bersabar menunggu perbicaraan.
Hakim turut menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan kes liwat tersebut. -- Utusan Malaysia.
Amah cuba racuni majikan
KUANTAN: Seorang pembantu rumah yang cuba meracuni majikannya berusia 77 tahun dengan mencampurkan racun rumput dalam sup sayur dan kopi mangsa pada Julai tahun lalu dijatuhi hukuman penjara enam tahun, kelmarin.
Tertuduh, Nurhayati Ahmad, 22 tahun, dari Lombok, Indonesia, didakwa membubuh racun ke dalam makanan majikannya itu dengan niat yang boleh menyebabkan kematian mangsa. -- BHM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment