Pages

Wednesday, November 4, 2009

Chelsea, Man United layak ke pusingan kalah mati

PARIS: Dua kelab gergasi England, Chelsea dan Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk memempah tiket ke pusingan kalah mati pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Juara Perancis, Bordeaux juga turut mara dengan mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Bayern Munich, manakala Porto juga mara dengan menang tipis 1-0 ke atas APOEL Nicosia.

Bagaimanapun, kelab Jerman, Bayern Munich masih belum selesa untuk mara selepas tewas kepada Bordeaux.

Chelsea yang ketinggalan 1-0, bangkit cemerlang untuk mencatat seri 2-2 dengan Atletico Madrid.

Kedua-dua gol Chelsea dijaringkan Didier Drogba.

"Ia permainan yang baik tapi kami kecewa kerana tidak dapat mencatat kemenangan di sini," kata Drogba.

United juga ketinggalan 3-1 terhadap CSKA Moscow di Old Trafford sebelum memperoleh dua jaringan lewat untuk memaksa perlawanan berkesudahan seri 3-3.

Pengurus United, Alex Ferguson berkata persembahan anak buahnya amat baik tetapi keweca dengan keputusan pengadil yang memberi penalti kerana kekasaran Darren Fletcher.

"Saya tidak percaya keputusan itu. Ia antara yang paling buruk pernah saya saksikan seumur hidup saya," katanya.

Bagi kumpulan AC Milan dan Real Madrid yang dianggap saingan paling kuat, Real Madrid hanya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Milan, manakala Marseille dalam kumpulan sama menewaskan FC Zurich 6-1 bagi merapatkan jurang mata.

Milan dan Real bertembung di San Siro, dengan kedua-dua jaringan pada separuh mata pertama.

Karim Benzema memperoleh gol pertamanya dalam tujuh permainan, sebelum Milan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Ronaldinho. - AFP

No comments:

Posting Terkini