Indon beri tempoh pada kapal Aust
JAKARTA: Indonesia semalam memberikan tempoh penamat selama seminggu kepada kapal Australia, Oceanic Viking, yang membawa 78 pelarian Sri Lanka untuk belayar keluar dari perairan Riau.
Australia menegaskan Rabu lalu pendatang itu tidak akan dibawa ke Australia, kerana Jakarta sudah setuju mereka akan diproes di Indonesia.
Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Encik Teuku Faizasyah, berkata kapal itu hanya akan dibenar berada di perairan Indonesia hingga 6 November ini. -- Reuters.
Taufan: Ribuan terkandas di Luzon
MANILA: Ribuan orang terkandas di Pulau Luzon semalam sedang Taufan Mirinae menghampiri pulau itu, menyebabkan feri tidak beroperasi dan menghalang penumpang pulang bercuti bagi All Saints' Day.
Ribut tersebut, dengan angin sekencang 150 kilometer sejam, dijangka melanda Quezon, sebuah wilayah tanaman kelapa di selatan Manila.
Pasukan Pengawal Pantai menghentikan operasi 45 feri di pelabuhan Luzon, menyebabkan ribuan penumpang yang hendak pulang bercuti terkandas. -- Reuters.
Jepun mahu periksa kapal Korea Utara
TOKYO: Kerajaan Jepun semalam membentang rang bagi membolehkan pegawai kastam dan pengawal pantainya memeriksa kapal Korea Utara yang disyaki membawa bahan nuklear dan komponen peluru berpandu.
Rang yang dibentang Perdana Menteri Yukio Hatoyama itu, bagaimanapun, tidak akan melibatkan tentera laut Jepun.
Rang itu menetapkan bahawa pegawai kastam dan Pengawal Pantai Jepun mesti mendapatkan kebenaran kapten kapal sebelum melakukan pemeriksaan dilakukan. -- AFP.
Pyongyang sumber serangan siber
SEOUL: Pemerintah Korea Utara merupakan sumber serangan siber pada Julai lalu yang menjejas laman web di Korea Utara dan Amerika Syarikat.
Alamat IP yang mencetus serangan itu dikesan ke Kementerian Pos dan Telekom Korea Utara, kata Encik Won Sei-hoon, Pengarah Agensi Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan, lapor akhbar JoongAng Ilbo. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment