Israel dan AS mula latihan udara
BAITULMAKDIS: Israel dan Amerika Syarikat akan memulakan latihan pertahanan udara terbesar hari ini dengan simulasi serangan peluru berpandu ke atas negara itu, kata para pegawai.
Seramai 1,000 askar Markas Amerika di Eropah dan jumlah yang sama askar Israel akan menyertai latihan Juniper Cobra yang akan berlangsung sehingga 5 November.
Sistem penangkis Arrow, peluru penangkis peluru balistik Aegis dan Patriot akan turut diuji. -- AFP.
Iran dakwa penyerang dari Pak
TEHERAN: Iran semalam meningkatkan tekanan ke atas Pakistan dengan berkata militan yang melancarkan serangan nekad yang membunuh 42 orang termasuk enam jeneral di bandar Pisheen di wilayah Sistan-Baluchestan, berpangkalan di Pakistan.
Menteri Luar Iran, Encik Manouchehr, berkata militan Jundallah disyaki melancarkan serangan itu. Islamabad menafikan dakwaan itu.
'Ada anasir yang cuba merosakkan hubungan kami dengan Iran,' kata jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Encik Abdul Basit. -- AFP.
No comments:
Post a Comment