Pages

Monday, October 19, 2009

Sekilas - Dunia

Tuntut cerai dek diberi nama jel

RIYADH: Seorang wanita di Arab Saudi menuntut cerai selepas mendapati suami beliau menyenarai namanya 'Guantanamo' dalam telefon bimbitnya, menurut laporan semalam.

Beliau membelek telefon suaminya ketika pasangannya selama 17 tahun itu keluar rumah dan mendapati nombor telefonnya diberi nama serupa penjara tentera Amerika Syarikat di Cuba, lapor Al-Watan.

Kerana marah, wanita yang namanya tidak disiarkan itu menuntut cerai. -- AFP.

Ramai suami hanya meminati tubuh isteri tetapi tidak mengambil tahu size pakaian dalamnya. Sebagai langkah pertama mari kita belajar apakah fungsi coli atau bra. Baca di sini


Bunuh anak kerana hamil

AMMAN: Seorang lelaki Jordan semalam didakwa membunuh selepas menikam anak perempuannya berusia 22 tahun yang hamil di luar nikah, kata polis.

'Si ayah dan pak ciknya membawa gadis itu berjumpa doktor Sabtu lalu kerana sakit perut. Mereka terkejut kerana ternyata dia hamil enam bulan,' kata jurucakap polis.

'Dalam perjalanan pulang, si ayah menikam perut anaknya dengan pedang sebanyak 25 kali, menyebabkan dia mati serta-merta, begitu juga janin lelaki yang dikandungnya,' kata beliau. -- AFP.

Google sediakan penterjemah siber - Google Translate


Remaja mula pelayaran solo

SYDNEY: Seorang gadis berusia 16 tahun di Australia memulakan pelayaran solo dengan kapal layar mengelilingi dunia dari pelabuhan Sydney, semalam.

Jessica Watson bercita- cita menjadi orang termuda belayar tanpa bantuan sejauh 38,000 kilometer melalui perairan paling berbahaya di dunia.

Namun, Watson akan selalu berhubung dengan pasukan penyokongnya melalui radio, e-mel dan blog. -- AP.

Mallika Sherawat Actress Paling Hot Di India

No comments:

Posting Terkini