Pages

Monday, October 19, 2009

Kereta mewah isteri menteri

KUALA LUMPUR – Polis digesa menyiasat satu laporan mengenai dakwaan pembiayaan pembelian sebuah kereta MPV mewah bernilai lebih RM500,000 kepada isteri seorang menteri yang disiarkan di sebuah laman web, Rabu lalu.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, artikel berkenaan disiarkan 14 Oktober lalu yang menyebut sebuah syarikat kontraktor membayar harga kenderaan berkenaan menggunakan dua cek, masing-masing bernilai RM324,884.00 dan RM9,299.90 kepada pengedar dan penjual kenderaan berkenaan.

“Kita menggesa siasatan terhadap kesahihan laporan itu dilakukan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya dan jika ia benar, kita mahu laporan itu di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.
Ramai suami hanya meminati tubuh isteri tetapi tidak mengambil tahu size pakaian dalamnya. Sebagai langkah pertama mari kita belajar apakah fungsi coli atau bra. Baca di sini

“Jika ia hanya satu dakwaan palsu, kita harap tindakan undang-undang diambil terhadap penulis dan penerbit laman web berkenaan agar laman web tidak sewenang-wenangnya disalah gunakan,” katanya kepada media selepas membuat satu laporan polis berhubung perkara berkenaan dia Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, semalam.

Lip Eng berkata, pihaknya menunggu selama lima hari sebelum membuat laporan polis semalam untuk mendapatkan tindak balas pihak yang berkenaan terhadap isu berkenaan, bagaimanapun, tiada sebarang penafian dibuat.

Menurutnya, laporan itu tidak diajukan terus kepada SPRM memandangkan kesahihan laporan itu tidak diperoleh menyebabkan mereka menggesa polis untuk menyiasat terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, gagal dihubungi sehingga jam 6 petang semalam, bagi mendapatkan ulasan lanjut mengenai laporan yang dibuat itu.

No comments:

Posting Terkini