Pages

Friday, October 9, 2009

Sekilas Dunia

Obama ke Asia bulan depan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, akan melawat Asia buat pertama kalinya bulan depan.

Beliau akan melawat Jepun, kemudian Singapura bagi menghadiri sidang puncak Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), sebelum melawat China dan Korea Selatan.

Namun, Encik Obama tidak akan melawat Indonesia, tempat beliau pernah bersekolah semasa kanak-kanak. -- AFP.

Aburizal ketuai Parti Golkar

JAKARTA: Jutawan yang juga Menteri Kebajikan Indonesia, Encik Aburizal Bakrie, 62 tahun, semalam dipilih sebagai pengerusi Parti Golkar.

Encik Bakrie meraih 296 undi berbanding pesaing rapatnya, jutawan media, Encik Surya Paloh, yang mendapat 240 undi; manakala anak lelaki mantan presiden Suharto, Hutomo Mandala Putra atau Tommy, gagal mendapat sebarang undi. -- AP, AFP.

Bayi selamat di landasan

KOLKATA: Seorang bayi baru lahir di Benggala Barat terselamat selepas ibunya bersalin dalam tandas sebuah kereta api ekspres yang sedang bergerak, menyebabkan bayi itu jatuh di landasan Selasa lalu.

Cik Rinku Debu Ray, 28 tahun, yang terkejut, melompat turun dari kereta api menyebabkan penumpang menarik tali kecemasan kerana menyangka Cik Ray hendak membunuh diri, lapor Times of India dan Hindustan Times. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini