Pages

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang: Corat Coret

Undi calon bukan parti, pilih yang amanah - Dr Asri

TELOK KEMANG, 9 Okt:"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku." - Harakah

Umno patut halalkan politik wang

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Umno sepatutnya menghalalkan secara rasmi amalan politik wang dalam pindaan perlembagaan parti itu pada perhimpunannya dari 13 hingga 16 Oktober ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Oleh kerana (Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) yang dilaporkan 'didapati bersalah terlibat dalam politik wang' boleh menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, saya tidak nampak sebarang sebab mengapa Umno tidak boleh menghalalkan perbuatan itu dalam pindaan perlembagaannya," kata beliau. - Harakah

Perintah Syaitan

Setelah berpuluh botol arak kosong berselerakkan, arahan dan perintah panglima mesti dituruti. Jam 2.45 pagi semua telah bersedia. Ada yang berkereta, ramai yang menunggang motorsikal. Perintahnya: "Kamu semua ikut kumpulan yang telah ditetapkan dan gerak sekarang"

Maka beberapa gerombolan berkereta dan bermotor capcai pun menuju ke distinasi yang telah ditetapkan. Di mana? Markaz dan UPU PAS Bagan Pinang. - Kerajaan Rakyat

Samy Vello

PORT DICKSON: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata beliau gembira dengan kehadiran lebih 2,000 orang kebanyakannya masyarakat India pada rumah terbuka Deepavali anjuran parti itu di sini malam tadi.

Ini, katanya, adalah bukti sokongan mereka kepada Barisan Nasional menjelang pengundian pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Ahad ini. - Mstar

Undi Pos

PORT DICKSON: Seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem hari ini telah keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa sehingga proses pengundian ditutup jam 5 petang semalam.

Manakala bagi pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama semalam di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini. - Mstar


No comments:

Posting Terkini