Pages

Friday, October 30, 2009

Mahkamah Kuwait: AP tak perlu pakai tudung

KUWAIT: Sebuah mahkamah tinggi Kuwait kelmarin memutuskan dua penggubal dasar wanita tidak perlu pakai tudung.

Kes itu dibawa ke mahkamah oleh seorang pengundi yang mahu Anggota Parlimen (AP), Cik Aseel al-Awadhi dan Cik Rola Dashti, dipaksa pakai tudung.

Ini satu kemenangan bukan saja bagi diri saya dan rakan seperjuangan saya, Cik Rola, bahkan bagi perlembagaan negara. Pakai tudung atau tidak, ini tidak akan menjejas kelakonan kami dan dedikasi kami untuk berkhidmat kepada rakyat yang mengundi kami,' kata Cik Aseel.

Dua AP itu antara empat wanita pertama menjadi AP di Kuwait dalam satu pilihan raya Mei lalu.

Di bawah undang-undang Kuwait, wanita tidak diwajibkan pakai tudung. Kes dua AP wanita itu dibawa ke mahkamah berdasarkan undang-undang pilihan raya yang menetapkan calon dan pengundi dikehendaki mematuhi undang-undang Syariah, termasuk memakai tudung.

Pengerusi mahkamah, Encik Yussef Ghanam Al-Rashid, berkata di bawah perlembagaan Kuwait seseorang itu mempunyai kebebasan peribadi dan kebebasan memilih agama.

Perlembagaan Kuwait turut menetapkan seseorang itu tidak akan didiskriminasi berdasarkan agama atau jantina.

Awal bulan ini, jabatan fatwa Kuwait memutuskan wanita Islam harus memakai tudung.

Beberapa AP mahu fatwa itu dikuatkuasa, namun ada AP menegaskan undang-undang negeri dan perlembagaan yang patut dijadikan panduan. -- AFP, Reuters.

No comments:

Posting Terkini